Saturday, October 24, 2009

SEJARAH SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG(2)
15300 KOTA BHARU , KELANTAN
Tel : 09-7483794
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini asalnya dinamakan Sekolah Melayu dan yang pertama di Kelantan ditubuhkan pada tahun 1904 setahun selepas penubuhan Maktab Melayu, Kuala Kangsar, oleh Kerajaan Kelantan bertempat di Padang Merdeka sekarang. En Mohamad Ghazali B. Ariffin ditugaskan sebagai Guru Besar.

Tahun 1908 sekolah ini berpindah di sebelah timur Pejabat Ukur Kelantan sekarang. Guru Besarnya ialah En. Bongsu berasal dari Kampung Kubang Pasu, Kota Bharu.

Sekolah ini berpindah ke pula Simpang Empat, Jalan Padang Garong dengan Jalan Mahmood sekarangdan ditukarkan namanya kepada Sekolah Melayu Padang Garong. Tahun 1936, bangunan dua didirikan dikawasan tanah seluas 3.5 ekar. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 3hb. Januari 1937.

Kota Bharu, di Jalan Kebun Sultan (Wakaf Mek Zainab ) mulai 1hb Ogos 1968 diatas tanah seluas satu suku ekar. Pembukaan rasmi bangunan sekolah ini dilakukan oleh YB. En. Mohd. Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu pada hari Jumaat 21hb Mac 1969 bersamaan 2hb Muharram 1389.

Pada 26hb Oktober 1990, Pendaftar Besar Sekolah–Sekolah dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Kebangsaan Padang Garong dipecahkan dua, Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1) di Jalan Doktor dan Sekolah Kebangsaan Padang Garong(2) kekal di Kompleks Sekolah–Sekolah Kota Bharu yang sekarang dibawah Guru Besar baru iaitu En. Junus B. Mohamad.

PENGASAS SEKOLAH

1. Pengasas Sekolah Melayu Padang Garong ialah En. Mohammad Ghazali Bin Ariffin.
2. Tahun 1922-1930 beliau dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Negeri Kelantan.
3. Beliau bergelaran Dato” Bentara Luar.
4. Meninggal dunia pada 15 Ogos 1952.

LENCANA SEKOLAH

Lambang & Maksud
Buku ~ Melambangkan pembelajaran di sekolah yang tiada had hentinya.
Pena ~ Melambangkan kebolehan mencetuskan / mengeluarkan idea.
Gear Dan Gelang ~ Melambangkan kombinasi antara Kurikulum dan Ko kurikulum Serta penyataan hasrat sekolah bahawa masa depan anak didiknya berkemampuan untuk berdikari.
1991 ~ Sebagai catatan bahawa sekolah ini ditukarkan nama pada tahun sebagaimana tercatat.

Saiz sebenar:
Tinggi = 50cm
Lebar = 30.5cm

No comments:

Post a Comment