Saturday, October 24, 2009

KATA – KATA ALUAN GURU BESAR

Bismillahirrahim

Assalamualaikum W.B.T.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Buku Pengurusan SKPG (2) 2008 dapat disiapkan. Semoga dengan adanya buku ini, akan dapat memberi menafaat kepada semua guru dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Kita semua mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan dengan jujur, cekap dan bertanggungjawab dan berintegriti. Walau apa jua bidang tugas yang perlu dipertanggungjawabkan, kita wajib berusaha untuk kejayaan yang tinggi sebagai sekolah yang dibanggakan. Persoalannya, sejauhmanakah kita sanggup membuka ruang untuk berubah.

Di sini kita perlu menyedari hakikat bahawa perlunya perubahan-perubahan, yang paling penting ialah dari segi perubahan sikap bukannya kosmetik, elok di luar tapi hambar di dalam. Sekiranya hanya guru besar yang berusaha untuk berubah, ianya sudah pasti menemui kegagalan kerana kerjasama daripada semua pihak menjadi tunggak kejayaan yang diharapkan.

Setiap ahli organisasi sekolah ini mesti jelas hala tuju berteraskan Visi dan Misi sekolah. Kita semula perlu membangun dan menafaatkan sumber yang ada dengan sebaik mungkin. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita kecapi kini berbanding dengan orang-orang yang terdahulu.

Syabas dan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan saya kalungkan kepada seluruh warga sekolah atas kerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan selama ini. Berpaksikan kesungguhan dan dedikasi para guru dan kakitangan dalam melaksanakan tugas, kita telah mula menunjukkan hasil yang baik dalam kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2005.

Sasaran utama kita pada tahun ini adalah kearah memperkasakan kecemerlangan ilmu. Usaha kearah tersebut tidak hanya dengan memperbaiki infrastruktur sekolah, menggunakan alat-alat canggih di dalam bilik darjah tetapi apa yang lebih penting ialah para guru mesti terus memantapkan kualiti guru. Guru yang berkualiti bukan sekadar memiliki illmu yang tinggi malah turut memiliki kepakaran di bidang tertentu, menggunakan kaedah yang berkualiti semasa pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berusaha mencari peluang untuk meningkatkan lagi penguasaan ilmu, juga sentiasa menjalankan Kajian Tindakan (R&D) bagi mencari dan membaiki kelemahan diri dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan. “Guru Berkualiti Aspirasi Negara.” Seharusnya menjadi inspirasi setiap guru demi memperkasakan kecemerlangan pendidikan di samping dapat memartabatkan lagi profesion perguruan.

Saya yakin, kita mampu menjadikan sekolah kita cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang penting ialah kita perlu bersatu untuk melepasi onak dan ranjau demi masa depan anak didik kita. Kejayaan anak didik kita adalah kejayaan kita semua yang merupakan hadiah yang paling berharga buat kita. “Sekolah kita, maruah kita.”

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



……………………….
(Tn. Hj. Junus Bin Mohamad)
Guru Besar SKPG 2

No comments:

Post a Comment